Friday 30 May 2014

Gadis Solehah vs Gadis Biasa

Bismillah ..

Aku Lebih Memilih Gadis yang Begitu Pemalu dan Belum Mengenal Pacaran
Itulah sifat seorang gadis, asalnya itu pemalu. Ketika ada lelaki yang menghampirinya, ia akan bersembunyi, tersipu malu. Jilbabnya yang menutupi dirinya akan segera menyelimuti wajahnya tatkala ada yang berusaha memandanginya. Berbeza dengan wanita yang sudah mengenal pergaulan dengan lainnya, tentu tidak ditemukan demikian.

Ketika ada yang mahu meminang pun, ia akan sulit berkata "ya". Yang bisa gadis ini lakukan adalah menganggukkan kepala, itu sebagai tanda senang, tanda setuju atau mahu menerima lamaran. Hal ini berbeza dengan gadis saat ini, yang begitu berani mengatakan "ya" ketika ada yang ingin menjalin kasih dengannya dalam jalinan cinta kasih anak muda 'pacaran'. Padahal hubungan tersebut tidaklah diredhai oleh Allah. Sungguh berbeza gadis yang jauh dari pergaulan bebas dengan gadis yang mahu dibawa oleh sembarangan lelaki.

Gadis itulah yang Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam perintahkan untuk menaruh pilihan padanya. Jikalau ada seorang janda, meskipun janda kembang yang ayu dan menawan, tetap gadis yang lebih diutamakan dijadikan tambatan hati. Kerana seorang gadis yang pemalu bisa diajak bersenang-senang, bersenda dan bergurau. Beza halnya dengan gadis yang sudah lebih dahulu menjalin hubungan dengan lelaki lain atau lelaki yang ia nikahi saat itu, ia tidak dapat merasakan apa yang baru saja diutarakan.

Kesimpulannya kalau mahu memilih, tentu saja memilih gadis (perawan) itu lebih utama. Dari 'Utbah bin 'Uwaim, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

عَلَيْكُمْ بِالأَبْكَارِ فَإِنَّهُنَّ أَعْذَبُ أَفْوَاهًا وَأَنْتَقُ أَرْحَامًا وَأَرْضَى بِالْيَسِيرِ

"Hendaklah kalian menikahi gadis (perawan) karena bibirnya masihlah manis, bisa menghasilkan banyak keturunan dan tetap redha dengan pemberian yang sedikit." (HR. Ibnu Majah no. 1861, hasan).

Gadis yang dimaksud di sini tentu adalah gadis yang masih perawan yang "bukan bekas orang (couple) siapa-siapa". Itulah gadis yang terbaik. Namun sulit sekali wanita yang disebutkan dalam hadits tersebut dicari di zaman yang penuh kerusakan di masa kini.

Jadi, jika kamu memperoleh gadis yang suci bersih yang tak kenal couple sama sekali, sungguh itu anugerah luar biasa.

Semoga Allah mudahkan.

Wednesday 28 May 2014

10 JENIS MAYAT YANG TIDAK AKAN BUSUK DI DALAM KUBUR

Bismillah ..

Disebutkan oleh hadits Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bahwa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Kiamat :
1). Para Nabi-Nabi
2). Para Ahli Jihad Fisabilillah
3). Para Alim Ulama menegakkan kalimah ALLAH.
4). Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.
5). Para Penghafal Al-Qur'an dan beramal dengan Al-Qur'an.
6). Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.
7). Tukang Adzan yang tidak meminta habuan.
8. Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa taat pada perintah Allah.
9). Orang mati dibunuh atau dianiaya karena mempertahan Maruah dan Agama.
10). Orang yang mati di siang hari atau di malam Jum'at jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia. (HR. Bukhari Muslim)

wallahua'lam ..
Dari hadits Abu Hurairah radhiyallahu anhu, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :
ْﺐِﺒْﺣَﺃ َﻚَﺒﻴِﺒَﺣ ﺎًﻧْﻮَﻫ ﺎَﻣ ﻰَﺴَﻋ ْﻥَﺃ َﻥﻮُﻜَﻳ َﻚَﻀْﻴِﻐَﺑ ﺎًﻣْﻮَﻳ ،ﺎَﻣ
ْﺾِﻐْﺑَﺃَﻭ َﻚَﻀْﻴِﻐَﺑ ﺎًﻧْﻮَﻫ ﺎَﻣ ﻰَﺴَﻋ ْﻥَﺃ َﻥﻮُﻜَﻳ َﻚَﺒﻴِﺒَﺣ ﺎًﻣْﻮَﻳ
ﺎَﻣ
“Cintailah orang yang kamu cintai sekadarnya. Bisa jadi orang yang sekarang kamu cintai suatu hari nanti harus kamu benci. Dan bencilah orang yang kamu benci sekadarnya, bisa jadi di satu hari nanti dia menjadi orang yang harus kamu cintai.”

Thursday 22 May 2014

- Nur Alhafizah -

Allahu .. jaga cintaku hanya untukMu ..
Pegang pada prinsip ..

Pintu hati tertutup rapat ..
Cinta Abadi hanya cinta kepada Allah ..
Ku akan sambut cinta manusia selepas perkahwinan sahaja ..

Cukuplah hanya Allah dan Rasulallah s.a.w di hati ..
Umi dan baba kesayanganku di dunia wa akhirat ..

Kehidupanku ..
Just focus pada pelajaran dan Quran ..
Apabila menjadi seorang HAFIZAH ..
Itu sudah cukup membahagiakanku hidup dalam Quran di dada ..

Namun ..
Tidak boleh ana banggakan ..
Kerana ujian Allah datang bila2 masa sahaja untuk menguji ingatanku terhadap ayatNya ..

Untuk bakal zaujku ..
Ana tidak kisah bagaimana rupamu ..
Ana tidak kisah berapa umurmu ..
Ana tidak kisah sebanyak manapun hartamu ..

Yang ana mahu ..
akhlakmu yang soleh ..
ilmumu yang boleh mendidikku ..

Latih diri . Mengamalkan sunnah Nabi dalam kehidupan . Setiakan hati untuk mencintai Allah dan Rasulallah s.a.w .. (:

Tuesday 20 May 2014

Tragedi An-Nakbah

Bismillah ..

HARI INI DALAM SEJARAH | 15 MEI 1948 | AN-NAKBAH : MALAPETAKA BESAR

“Sebuah masyarakat yang telah menetap lebih 1,000 tahun di situ telah dimusnahkan, dihalau, dan dipaksa merempat di serata Timur Tengah. Rakyat Palestin lari atas sebab yang sama semua pelarian perang lari – untuk menyelamatkan nyawa dan melindungi anak-anak mereka, juga kerana di sesetengah tempat Israel melakukan jenayah penghapusan etnik.”
Jeremy Bowen, Six Days

Mimpi indah Zionis akhirnya terlaksana pada 14 Mei 1948 setelah lebih setengah abad Theodore Hertzl mengilhamkan penubuhan negara Yahudi di bumi barakah Palestin. Bumi yang mendapat julukan ‘tanah yang dijanjikan Tuhan Yahweh untuk Yahudi’ itu kini beralih-tangan kepada Yahudi setelah hampir 1,300 tahun* ia berada di bawah naungan kerajaan Khalifah Islam; pemerintahan paling lama dan paling cemerlang pernah direkodkan di Palestin.

Walau bagaimanapun, mimpi indah ini tidak mungkin terlaksana tanpa operasi penghapusan etnik (ethnic cleansing) dan pembunuhan beramai-ramai (massacre)* rakyat awam Palestin oleh tentera gerila Zionis – Haganah, Irgun, Stern Gang (Lehi) dan Palmach. Dianggarkan lebih 700,000 orang rakyat Palestin menjadi pelarian perang dek keganasan Zionis Israel ini. Kini populasi pelarian Palestin di kem-kem pelarian dan diseluruh pelusuk dunia telah mencecah 7 juta orang!

Jumlah sebenar korban an-Nakbah tidak dapat dipastikan*.
Dengan kata lain, permulaan kegembiraan Zionis Yahudi adalah permulaan derita buat rakyat Palestin. Penderitaan ini setaraf – jika tidak lebih teruk, dengan penderitaan masyarakat Yahudi yang hidup bertaburan di seluruh dunia dek tamparan anti-semitisme di Eropah dan holokos* semasa Perang Dunia Kedua. Justeru, bagi memperingatinya rakyat Palestin mengisytiharkan 15 Mei sebagai hari malapetaka.

Hari ini dunia sibuk memperkatakan tentang keperluan mengakhiri konflik Israel-Palestin. Malangnya pemimpin dunia dilihat tunduk kepada tuntutan Zionis supaya rakyat Palestin mengiktiraf kewujudan negara Israel sebagai salah satu daripada syarat perdamaian sedang dalam waktu yang sama tidak ramai yang sedia mengiktiraf jenayah an-Nakbah yang dilakukan oleh Zionis Israel. Perbincangan tentang an-Nakbah dilihat sebagai ancaman kepada inisiatif damai.

Malah, mereka yang membangkitkannya dituduh anti-semitik walhal hakikat sebenar adalah sebaliknya.
Perdamaian Israel-Palestin tidak akan dapat dicapai tanpa pengiktirafan ke atas An-Nakbah. An-Nakbah tidak lain dan tidak bukan menuntut kita semua mengiktiraf jenayah yang berlaku ke atas rakyat Palestin agar nasib mereka benar-benar dapat dibela. An-Nakbah dapat menjelaskan dengan jujur dan komprehensif bentuk ganti-rugi yang berhak mereka peroleh. Hutang an-Nakbah perlu dilangsaikan sebelum sebarang usaha damai akan mendapat sokongan penuh rakyat Palestin. Jika tidak usaha damai akan hanya tinggal omong kosong politikus populis.

* Baitul Makdis dan beberapa kota utama di Palestin berada di bawah pemerintahan Kristian selama 88 tahun (1099-1187) sebelum diambil semula oleh Salahuddin al-Ayyubi.
* Rekod menunjukkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya 34 tragedi pembunuhan beramai-ramai rakyat awam Palestin telah dilakukan oleh tentera Zionis.
* Rekod menunjukkan ‘massacre’ terbesar dilaporkan berlaku di Masjid Dahmash yang mengorbankan 426 rakyat Palestin (lelaki, wanita dan kanak-kanak). Yang terkecil berlaku di perkampungan Yehiday dengan 7 kematian.
* Mutakhir ini timbul banyak dakwaan bahawa holokos adalah peristiwa yang sengaja dibesar-besarkan bagi membina simpati dunia ke atas Yahudi dan mendapatkan sokongan ke atas projek pembinaan negara Yahudi di Palestin. Malah, wujud dakwaan berlaku konspirasi antara tentera Zionis dan Nazi untuk mencipta holokos sungguhpun masyarakat Yahudi terpaksa membayarnya dengan nyawa warga bangsa mereka sendiri untuk menjayakannya.
[KJ]

FAKTA NOMBOR AN-NAKBAH
78% tanah Palestin dirampas
750,000 penduduk Palestin menjadi pelarian perang
34 tragedi pembunuhan beramai-ramai direkodkan termasuk Deir Yassin, Naser al-Din, Beit Daras, Masjid Dahmash dan Dawayma
426 terkorban dalam ‘massacre’ terbesar di Masjid Dahmash, Lydda-Ramlee.
530 (91%) perkampungan Arab dimusnahkan
96,500 tentera Zionis menentang 25,000 tentera Arab
20 bulan pertempuran antara tentera Zionis dan tentera Arab (Perang Arab-Israel 1948)

[KJ]

Gambar: HARI INI DALAM SEJARAH | 15 MEI 1948 | AN-NAKBAH : MALAPETAKA BESAR

Mari melanggan 'Newsletter' kami: http://goo.gl/kg05AJ #pacemalaysia #HIDSpacemalaysia

wallahua'lam ..

Sumpah Seorang Pemimpin

Allahu Akbar. Dia Dr. Beltagy antara pemimpin ikhwan muslimin. Ayah kepada Asma' Beltagy yang syahid pada tragedi Rabaa .

Monday 19 May 2014

Mujahidah dalam penghijrahan ~

" Allah menjaga lelaki yang soleh dan wanita yang solehah. Allah menjaga hati mereka . Belum terlambat untuk menjadi soleh solehah . Cuma perlu banyak mujahadah . Kerana bukan senang untuk berubah ke arah kebaikan . Namun banyak halangan . TETAPI demi Allah kita harus kuat . Ikhlaskan hati . Letak Allah s.w.t dan Rasulallah s.a.w number one di hati . Istiqamah mengamalkan sunnah Nabi dalam kehidupan . Terutama istiqamah berakhlak mulia . InshaAllah .. boleh . semoga Allah membantu kita dalam penghijran . "

" Apabila Allah nak tegur , banyak cara Dia akan tegur kita . melalui manusia or apa2 pun . Allah nak hambaNya perbaiki apa yang patut diperbaiki . Apabila kita ada rasa untuk berhijrah . yakinlah itu adalah hidayah daripada Allah s.w.t."

  Alhamdulillah .. syukurku dengan bersujud selalu kepadaMu . Luahan yang tidak terkata bila aku merindui untuk berdua denganMu di sepertiga malam . Alhamdulillah . (u_u)
Alhamdulillah . syukran . walaupun teguran itu menyakitkan tetapi dapat Allah melembutkan hati ini untuk menerimanya . syukran alaik (: . inshaAllah . Ana akan perbaiki apa yang patut diperbaiki . semoga istiqamah ^_^ . amin .

Allahurabbi . sungguh . aku merindui-mu ~ T_T

الَلهمَ بلَغنا رمضان
“Ya Allah Sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”
(merupakan doa yang diulang-ulang oleh Rasulullah menjelang Ramadhan)

Firman Allah s.w.t;

"( Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah ) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan antara yang benar dan salah. Olah itu, setiap yang diantara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu. Dan sesiapa yang sakit atau musafir maka bolehkah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dengan ketetapan yang demikian itu Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadan dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuknya dan supaya kamu bersyukur"

( Surah al-Baqarah ayat : 185 )

- Hukum Berpurdah -

Bismillah ...

Pemakaian purdah ataupun nama lainnya ialah Niqab adalah perkara yang didalamnya terdapat khilaf dikalangan Ulama.Khilaf ini dikenali dengan nama Khilaf yang Muktabar.Khilaf yang muktabar ialah khilaf yang berlaku antara ahli ilmu yang mereka semua mempunyai dalil yang diterima di sisi kaedah penghujahan syarak atau perkara yang tiada dalil yang jelas mengenainya, atau mereka berbeza pendapat kerana ketidakjelasan dalil. Maka hukuman yang diputuskan fuqaha dalam masalah tersebut bersifat ijtihadiyyah.

Majoriti Imam mazhab, termasuklah Imam mazhab fiqh yang empat, dan yang lainnya juga - berpendapat bahawa seseorang wanita itu tidak diwajibkan menutup muka dan juga tangan. Akan tetapi, ada golongan sarjana/ulama, yang majoriti mereka daripada mazhab Hanbali, mengajar supaya wanita mestilah menutup muka(berpurdah) dan juga tangan.

Di zaman ini, antara ulama yang menegaskan wajah wanita adalah aurat ialah al-Syeikh Ibn Baz r.h. ( mufti Saudi yang telah meninggal ) dalam fatwa-fatwanya yang banyak, diikuti oleh para ulama di Saudi. Sebelum itu ‘Abu al-‘Ala al-Maududi r.h. dalam bukunya al-Hijab juga menegaskan akan hal berpurdah ini.
Sementara yang menyatakan wajah wanita yang bukan aurat ialah majoriti ulama semasa, antaranya Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya al-Niqab li al-Marah”,dan al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani r.h. dalam Jilbab al-Marah al-Muslimah fi al-Kitab wa al-Sunnah” dan kitabnya yang terakhir sebelum beliau meninggal sebagai jawapan dan tambahan kepada kitab tersebut iaitu Al-Radd al-Mufhim. Begitu juga Muhammad al-Ghazali r.h. dalam banyak tempat dalam buku-bukunya.

Sarjana Islam terkemuka, Sheikh Iqbal Nadvi, Imam Masjid Calgary, Alberta, Kanada, dan bekas Profesor di Universiti King Saud, Arab Saudi, berkata:

Isu niqab (menutup seluruh badan termasuk muka dan tangan) adalah syarat asas dalam pemakaian hijab (pakaian wanita Islam) dalam satu mazhab, manakala niqab itu adalah bahagian yang digalakkan (disunatkan) dalam pemakaian hijab bagi mazhab lain. Tetapi apa yang telah disepakati oleh para ulama mazhab ialah menanggalkan niqab/tidak memakai niqab (iaitu dengan mendedahkan muka) atas sebab-sebab yang tulen/sebab yang bukan dibuat-buat, seperti untuk tujuan pengenalan diri dan perubatan.

justeru itu, tidak wajar untuk seseorang berkeras menganggap munkar apabila melihat seorang muslimah berpegang dengan mana-mana pendapat dalam hal ini. Namun perbincangan dan perbahasan secara ilmiah untuk mencari pendapat yang lebih rajih adalah dialu-alukan dan digalakkan.

Sehubungan itu,tidak wajarlah kita memperlekehkan atau menganggap 'TIDAK BERFAEDAH' seorang muslimah itu,apabila tidak istiqomah dalam pemakaian purdah.Lagi-lagi apabila muslimah itu hanya buka apabila berada di kelas/kuliah yang memerlukan mereka membuka niqab tersebut.Hormatilah muslimah-muslimah ini yang cuba melaksanakan sesuatu yang beliau faham dan berpegang pada salah satu pandangan ulama ini.Semua ini mereka lakukan semata-mata utk mendapat keredhaan Allah.bersangka baik itu adalah salah satu ciri orang yang beriman.

Wallahua'lam ..

* untuk bacaan lengkap sila baca kitab fatwa mauasirah,oleh Al-Imam Yusuf Al-Qardhawi.